[Video] Jalur Gemilang jatuh tengah jalan, lihat tindakan lelaki ini..

1161

Jalur Gemilang bukan sahaja bendera rasmi negara, malah ia juga diibaratkan seperti maruah diri dan tanah air kita.

Tindakan seorang pemuda mendapat pujian orang ramai.

Ogos merupakan bulan kemerdekaan dan bagi semarakkan bulan tersebut pihak Kerajaan mahupun badan bukan Kerajaan (NGO) menganjurkan kempen kibar jalur gemilang.

Namun satu rakaman video yang tular di media sosial Facebook menyaksikan tindakan seorang lelaki India berlari ke tengah jalan raya untuk mengangkat bendera yang terjatuh.



Selepas itu boleh dilihat riak mukanya yang gembira sambil mengibarkan bendera tersebut di depan rakannya. Rakannya yang merakam aksi tersebut berkata:

“Merdekalah ini boy…yeay.”

Bagaimanapun, lokasi dan masa sebenar video itu dirakam tidak dapat dipastikan.

Tindakan pemuda tersebut mendapat pujian ramai dan perlunya dijadikan teladan. Semangat cintakan negara dan patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia tidak kira usia, bangsa mahupun agama perlu ditanamkan kerana ini tanah tumpahnya darahku. 

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here