
Boon Siew Honda (BSH) rasmi melancarkan Honda CRF250 Rally dengan warna badan Extreme Red ke pasaran tempatan.
Diinspirasikan daripada motor legenda rali Honda CRF450 Rally, ia sedia menempuh apa juga keadaan jalan termasuk off road.
Dijual pada harga cadangan RM28,599 seunit, berikut informasi ringkas tentang Honda CRF250 Rally :
- Dijana oleh enjin 250cc DOHC silinder tunggal penyejukkan cecair yang menghasilkan kuasa 18.3kW @ 9,000rpm dan tork 21.9Nm @ 6,500rpm.
- Tukaran gear menjadi lebih halus dan mudah menerusi transmisi manual 6-kelajuan bersama ciri klac Assist & Slipper, teknologi yang juga membantu mencegah roda belakang terkunci ketika downshift mendadak.
- Honda CRF250 Rally dilengkapi sistem brek cakera hidraulik pada kedua-dua roda dengan dua piston di depan dan satu piston di belakang yang kemudian disokong sistem ABS.
- Untuk menempuh medan yang lasak, motor ini menggunakan suspensi Showa depan terbalik 43mm dan suspensi belakang Pro-Link. Suspensi bahagian atas kini menggunakan jenis bearing dengan peredam belakang yang dioptimumkan.
- Daya peredam suspensi depan ditingkatkan untuk tunggangan lebih stabil dan selesa.
- Roda depan berukuran 21 inci dan roda belakang 18 inci memberikan traksi superior di jalan tanah maupun tar.
- Rangka semi-double cradle keluli yang ringan dan swingarm aluminium memastikan pengendalian yang mudah dalam semua keadaan serta mengurangkan berat jentera sebanyak 5kg.
- Sementara itu, yok bawah tempaan aluminium pula meningkatkan kestabilan dan keselesaan.
- Berat kering 157kg dipadankan dengan saiz tangki minyak 10.1 liter dengan tinggi pelana 895 mm.
- Ciri peralatan lain termasuklah panel meter digital LCD yang infomatif, lampu depan LED lensa berkembar dan visor angin.
BSH menawarkan waranti selama dua tahun atau perbatuan 20,000km (mana tiba dahulu).