Utama Berita Automotif Inilah dia ‘Honda Civic Type R’ paling murah, dan boleh dipakai berjalan!

Inilah dia ‘Honda Civic Type R’ paling murah, dan boleh dipakai berjalan!

4

Jenama kasut terkemuka dari Jepun, Achilles melancarkan kasut kanak-kanak bertemakan Honda Civic Type R. 

Ia menggunakan asas daripada model Ultima Cheetah, iaitu salah satu kasut yang cukup popular dalam siri Syunsoku. 

Kasut ini menampilkan logo Type R di bahagian hujung kaki, diikuti lencana Honda merah pada bahagian tumit dan jahitan merah mengikut kemasan kabin Civic Type R. 

Terdapat tiga pilihan warna ditawarkan terus daripada palet Civic Type R, iaitu Championship White, Frame Red dan Racing Blue Pearl. 

Semua pilihan warna itu tadi dipadankan dengan grafik hitam/putih serta jahitan merah. 

Bahagian atas kasut menggunakan bahan poliester dan kulit sintetik sementara tapak pula diperbuat daripada plastik EVA dan getah. 

Menurut Achilles, ada beberapa teknologi untuk menjadikan pengguna melangkah dengan laju dan meyakinkan, seperti corak tapak luar asimetri untuk lebih cengkaman, binaan yang ringan, serta sistem dalaman fleksibel yang dipanggil Inner Flex System. 

Setiap pembelian didatangkan dengan kotak hitam eksklusif lengkap dengan imej Honda Civic Type R, jahitan merah palsu dan penjenamaan rasmi. 

Kasut ini tersedia dalam pilihan saiz US9 hingga 5Y atau EU 25 hingga 36, menjadikannya sangat sesuai dipakai oleh kanak-kanak sekolah rendah. 

Harga jualan bermula dari 6490 yen (RM165.40). 

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here