Penampilan baru SUV Honda Passport 2019

760

Kereta utiliti sukan (SUV) Honda Passport merupakan SUV pertama Honda pada tahun 1990-an.

Honda kini mendedahkan mereka akan mengeluarkan semula model itu dengan versi yang lebih moden bermula awal tahun hadapan.

Mereka akan menonjolkan model itu buat pertama kalinya pada 27 November akan datang di Pameran Auto Los Angeles.



Passport moden ini merupakan SUV bersaiz sederhana dan ia berada di tengah-tengah antara SUV dan CR-V.

Penampilan baru Honda Passport

Honda menyifatkan SUV Passport sebagai SUV daripada Honda yang paling berkebolehan di jalan off-road.

Jentera itu diklasifikasikan sebagai soft-roader namun jangan berikan tanggapan bahawa ia boleh merentasi lumpur dan meredah jalan lasak seperti trak pikap.

“Passport merupakan kenderaan yang lebih peribadi, berkuasa dan berkebolehan untuk off-road. Ia sesuai untuk pemanduan setiap hari diatas jalan berturap mahupun off-road pada hujung minggu untuk lebih pengembaraan.” Kata Naib Pengerusi American Honda Motor Co., Henio Arcangeli Jr.

Mari kita sama-sama nantikan kemunculan Honda Passport 2019 di Pameran Auto di Los Angeles pada 27 November akan datang. Nantikan maklumat lanjut mengenai kenderaan ini daripada kami.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here