Lamborghini Espada ‘hot-rod’

1546

Hot-rod merupakan pengubahsuaian kereta yang dilakukan bagi tujuan seni dan ia menjadi satu fenomena bagi peminat kereta di Amerika Syarikat.

Namun kali ini, kereta hot-rod ini merupakan kereta yang diubahsuai di Perancis.

Kedai pengubahsuaian kereta Danton Arts Kustoms dan Carrosserie Hervé di Perancis telah bekerjasama membina Lamborghini Espada hot-rod



Lamborghini Espada hot-rod

Jentera ini dilengkapi dengan semua elemen yang diperlukan kereta hot-rod namun dalam pakej yang lebih moden.

Menurut laman sesawang Danton Arts Kustoms, projek pengubahsuaian ini bermula hanya dengan perbualan antara pemilik kedua buah kedai itu iaitu Alexandre Danton dan Hervé Castagno.

Kebetulan Castagno memiliki Espada tahun 1970 pada waktu itu. Castagno ingin menyambut ulang tahun kereta itu yang ke-50 dengan melakukan sesuatu yang istimewa.

Lamborghini Espada hot-rod

Mereka kemudian mengubah suai kenderaan itu mengikut kreativiti mereka yang sangat mengagumkan.

Didorong dengan perkataan ‘espada’ yang merujuk kepada pedang matador (pedang yang digunakan dalam acara laga lembu Sepanyol).

Kedua mereka membina setiap bilah logam pada kereta itu untuk kelihatan seperti bilah pedang yang digunakan matador dalam acara laga lembu.

Lamborghini Espada hot-rod

Mereka melakukan lakaran dengan melukis reka bentuk kereta yang mereka inginkan. Kemudian mereka lakukan pengubahsuaian pada Espada 1970 itu mengikut lakaran yang  dilukis.

Dihadapan kereta itu terletaknya enjin V-12 Lamborghini namun maklumat tentang berapa kuasa yang dihasilkan enjin itu tidak diberitahu.

Maklumat lain seperti berapa peratus Espada asal yang masih kekal pada jentera itu juga tidak dimaklumkan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here