Utama Berita Automotif Kove 625X (2026) bawakan pelbagai ciri moden, harga bawah RM32 ribu di...

Kove 625X (2026) bawakan pelbagai ciri moden, harga bawah RM32 ribu di Eropah

7

Di pasaran Eropah, Kove membawakan jentera adventure baharu 625X yang bakal membuatkan sebilangan besar peminat jenama Jepun berpaling tadah.

Ia dipacu enjin dua-silinder bersesaran 581 cc sejukan cecair yang mampu menghasilkan 62.6 hp pada 8,500 rpm dan tork 56.5 Nm pada 6,250 rpm.

Dengan tangki bahan api 21 liter, jentera adventure ini boleh bergerak sejauh 500 km untuk setangki penuh.

Suspensi terdiri daripada fork teleskopik KYB boleh laras sepenuhnya, diikuti penyerap hentak tunggal di belakang dengan larasan redaman dan lantunan, menyumbang kepada jarak kelegaan tanah 205 mm.

Menariknya, untuk sebuah jentera adventure saiz pertengahan, Kove 625X dilengkapi dengan tetapan suspensi elektronik yang boleh mengubah ketinggian tunggangan bergantung kepada kelajuan.

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan sistem radar gelombang milimeter yang menyokong fungsi seperti bantuan penukaran lorong (LCA), amaran pelanggaran belakang (RCW), serta sistem pengesanan titik buta (BSD).

Untuk keselesaan tunggangan jarak jauh, Kove 625X hadir dengan ciri seperti sistem pengurusan angin pintar terdiri daripada skrin penghadang angin larasan manual, penampan angin sisi, serta panel aerodinamik pada kedua-dua sisi tangki bahan api.

Ciri lain termasuklah pemanas grip bar hendal dan pelana, ruang storan pada bahagian tangki, port pengecasan USB, skrin paparan TFT 6.75 inci yang boleh laras sudut, serta lampu LED automatik.

Di pasaran Eropah, jentera adventure ini dijangka membawakan tanda harga bawah 7,000 euro (RM32 ribu).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here