Utama Berita Automotif Bajaj Auto lancar Dominar 400 Terra di Colombia dengan spesifikasi adventure

Bajaj Auto lancar Dominar 400 Terra di Colombia dengan spesifikasi adventure

5

Bajaj Auto mengembangkan lagi penawaran keluarga Dominar di pasaran Colombia menerusi pelancaran model Dominar 400 Terra.

Jika Dominar 400 bersifat sebuah sport tourer, versi Terra pula lebih cenderung ke arah sebuah jentera adventure.

Antara perubahan ketara yang dibawakan pada model 400 Terra ini ialah skema warna matte brown yang eksklusif, diikuti dengan grafik inspirasi peta topografi.

Sesuai dengan sifatnya sebagai sebuah jentera adventure, Terra hadir dengan tayar dwi-kegunaan, serta rak barang pada bahagian sisi.

Tidak ketinggalan, emblem Dominar tiga dimensi yang dipasangkan pada bahagian tangki.

Aspek mekanikal Dominar 400 Terra ini kekal seperti model standard, di mana ia dikuasakan enjin 373 cc silinder tunggal menghasilkan kuasa 39.5 hp dan 35 Nm.

Kuasa itu disalurkan kepada roda menerusi transmisi enam-kelajuan dan klac slipper.

Ciri lain termasuklah sistem brek cakera depan belakang, ABS dua-saluran, rim 17 inci, serta tangki bahan api sebesar 13 liter.

Di Colombia, Bajaj Dominar 400 Terra dijual pada harga COP 20,390,000 (RM24,962).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here