Model Dua Silinder 500CC KTM Baharu di bangunkan oleh BAJAJ

1193

Bajaj akan mengilangkan model dua silinder 500cc KTM yang baharu. Itu pengesahan dari Ketua Pegawai Eksekutif KTM, Stefan Pierer, baru-baru ini. 

Bajaj yang di pertanggungjawabkan untuk pengeluaran model ini,jadi sudah tentu harganya pun mampu membuat peminat 2 roda tersenyum. Menurut Pierer,KTM ingin bersaing dengan para pengeluar Jepun yang senantiasa berkembang di seluruh dunia dalam segmen yang sama.

Enjin 790 Duke

Model pertengahan 500cc kemungkinan sekali terdiri daripada kedua-dua varian Duke atau Adventure.



Model 500cc baharu ini di harapkan mempunyai ciri-ciri seperti model 390 Duke iaitu.paparan TFT, pendikit ‘Ride-by-Wire’, mod penunggangan, ABS, suspensi WP, dan lain-lain.

Enjinnya, jelas KTM telah melangkah satu alaf baru,contohnya model 790. Mereka telah menggunakan enjin ‘parallel-Twin’ yang digelar LC8c.

Enjin 390 Duke

Kompak dan ringan itu lah ciri-ciri yang di ramalkan untuk model 500cc ini. Model 790 menjadi contoh yang terbukti mendapat kepujian.

Info terkini akan kami kongsikan nanti.

Sila like page Facebook kami motoqar.my untuk mengetahui info automotif tempatan dan global.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here