Utama Berita Automotif Lori disita, kelindan guna kad UNHCR palsu

Lori disita, kelindan guna kad UNHCR palsu

8
Sebuah lori disita dalam Ops Bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Imigresen selepas pemandu, seorang warganegara Malaysia dikesan melakukan pelbagai kesalahan termasuk tiada Lesen Memandu Kompeten (CDL) di Kuala Kedah pada Selasa.
 
Menurut kenyataan, dalam operasi yang sama kelindan lori yang merupakan warga asing didapati memegang kad UNCHR yang disyaki palsu.
 
“Individu berkenaan kemudian diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah untuk siasatan dan tindakan lanjut.
 
“Selain itu, pemandu lori turut melakukan kesalahan lain termasuk tiada Lesen Memandu Barangan (GDL), Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh serta Perakuan Pemeriksaan PUSPAKOM yang telah tamat tempoh,” jelasnya. 
 
JPJ Negeri Kedah menegaskan kerjasama strategik bersama agensi penguatkuasaan akan terus diperkukuh bagi membanteras pelanggaran undang-undang serta penyalahgunaan dokumen demi keselamatan pengguna jalan raya dan kedaulatan negara.
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here