Utama Berita Automotif PETRONAS Sprinta baharu untuk Enjin V-Twin – Harga bermula RM93 seliter!

PETRONAS Sprinta baharu untuk Enjin V-Twin – Harga bermula RM93 seliter!

23

PETRONAS Sprinta, jenama di bawah PETRONAS Lubricants Marketing (M) Sdn Bhd (PLMMSB) melancarkan satu produk baru, PETRONAS Sprinta F900HD khusus untuk enjin V-Twin.

Mengekalkan teknologi UltraFlex™, yang kelebihan utama termasuk memberi kestabilan enjin pada tekanan dan haba yang tinggi, Sprinta FD900HD amat sesuai dengan jentera cruiser, touring dan enduro.

Di rumus dengan Ester+ dan polyalphaolefin (PAO), ia juga memenuhi piawaian antarabangsa JASO MA2 dan API SN. 

Dua varian kelikatan dilancarkan membabitkan: 

  • FD900HD 10w 60
  • FD900HD 20w 50

Sebelum diproduksi, minyak enjin itu menjalani proses yang ketat di pusat penyelidikan di Turin, Italy di mana semua pelincir dari PETRONAS di formulasi. 

Khusus untuk FD900HD, sekumpulan lima jentera Harley Davidson dari pengguna juga di uji di jalanan melebihi jarak lebih 5,000km.

Sprinta F900HD juga menepati piawaian SIRIM 58, iaitu pengsijilan terbaru di dalam keaslian atau ketulenan minyak pelincir dari pihak SIRIM Malaysia. 

Dijual bermula RM97 untuk minyak jenis 10w 60, manakala 20w 50 bermula RM93 seliter. Sprinta F900HD adalah antara yang paling memberi nilai terbaik untuk pengguna dengan spesifikasi terbaik.

Produk itu bakal memasuki pasaran melalui bengkel terpilih PETRONAS dan khususnya bengkel selepas jualan Harley Davidson serta yang mengkhususkan enjin V-Twin.

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here