SWCorp, Alam Flora perkenal mesin pembersih jalan moden

20

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dengan kerjasama Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora)  memperkenalkan mesin pembersih jalan yang lebih mesra alam bagi kerja-kerja pembersihan awam di lokasi tumpuan pelancong.

Perasmian Mesin Glutton Electric Vacuum Litter Picker itu dilakukan oleh Pengerusi SWCorp, Hee Loy Sian dan turut hadir KPE SWCorp, Khalid bin Mohamed.

Menerusi perkongsian di akaun Facebook rasmi SWCorp, mesin vakum tersebut menggunakan 100 peratus tenaga elektrik yang mana dengan sekali cas bateri penuh mampu beroperasi sehingga 16 jam. 

Glutton direka khas untuk menyedut sisa kecil, debu dan kotoran halus di jalan dengan tahap bunyi di bawah 60 dB yang menjadikannya mesra persekitaran dan tidak mengganggu orang awam.
 
“Antara ciri-ciri menarik glutton adalah sistem sedutan berkuasa tinggi, kapasiti tong 240 liter, penapis habuk piawaian ISO 5011, lampu keselamatan LED serta rekaan ergonomik yang memudahkan pengendalian.
 
“Penggunaan glutton merupakan sebahagian daripada pelaksanaan Projek Rintis Jalan Tanpa Debu yang kini diperluas ke kawasan-kawasan strategik seperti Masjid India dan Dataran Merdeka,” menurut kenyataan tersebut. 
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here