Petronas Sprinta dengan UltraFlex kini boleh didapati dari RM15 sebotol

2247

Petronas Lubricants telah menayangkan rangkain terbaharu minyak enjin motosikal mereka, Petronas Sprinta dengan teknologi UltraFlex.

Barisan minyak enjin itu direka untuk bertindak dan menyesuaikan dengan pantas kepada pelbagai situasi jalan dan tunggangan.



Ia menampilkan teknologi UltraFlex yang merupakan hasil daripada pengalaman yang diperolehi dari bidang perlumbaan MotoGP.

“Kami berbesar hati dapat menguji prestasi, kecekapan dan ketahanan Petronas Sprinta dengan teknologi UltraFlex ini di MotoGP,” kata Aadrin Azly, CEO Petronas Dagangan Berhad.

Quartararo, German MotoGP 2019

“Dalam masa yang singkat sejak penggunaan minyak ini di GP Belanda pada Jun, Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) telah memperoleh peningkatan, bukan sahaja dari bakat penunggang kita dan pasukan teknikal, tetapi juga sumbangan Petronas Sprinta,” tambahnya.

Menurut Ketua Pegawai Teknologi Petronas Lubricants International (PLI), Eric Holthusen, rangkaian baharu minyak enjin Petronas Sprinta ini mematuhi piawaian terkini dan paling ketat iaitu Euro 5dan Bharat Stage (BS) VI yang akan berkuat kuasa pada 2020.

Petronas Sprinta dengan teknologi UltraFlex ini dijual pada harga RM15 hingga RM67 sebotol dan akan mula berada di cawangan Petronas Mesra dan rakan bengkel bermula pada pertengahan November.

Ia juga akan dijual di peringkat antarabangsa, bermula di India dan Thailand pada suku pertama 2020, sebelum ke Indonesia, Vietnam dan negara-negara lain.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here