Xiaomi bakal lancar model kedua SUV pada suku pertama 2025

64

Media China melaporkan Xiaomi akan melancarkan model keduanya yang menggunakan kod nama MX11 pada suku pertama 2025.

Bahkan pengeluaran Xiaomi SU7 Ultra bakal dilancarkan pada Mac 2025. Menurut laporan Car News China, SUV itu akan dilancarkan sekitar Februari atau Mac. 



Walaupun dikategorikan sebagai SUV, reka bentuk MX11 itu sedikit rendah dan ramai peminat automotif menyatakan ia memiliki siluet mirip Ferrari Purosangue.

Bagaimanapun, eleman SU7 boleh dilihat pada model berkenaan menerusi lampu depan dan belakang, pintu tanpa bingkai dan hendal pintu tersembunyi. 

Baru-baru ini, seorang pengguna Weibo berkongsi video Ketua Pegawai Eksekutif Xiaomi, Lei Jun secara peribadi memandu uji SUV itu di lebuh raya.

Imej intip menunjukkan ia memiliki kabin berbeza dengan SU7 terutamanya pada konsol tengah. 

Konsol tengah itu menempatkan pengecas tanpa wayar, pemegang cawan dan perehat tangan dengan lubang kecil di dalamnya.

Dijangkakan Xiaomi akan mengambil pendekatan yang sama untuk menetapkan harga SUV baharu seperti SU7 iaitu lebih rendah berbanding pesaingnya. 

Xiaomi kini sedang mempersiapkan fasa kedua kilangnya. Kemudahan sedia ada kini bekerja dua syif dan tidak dapat memenuhi permintaan SU7, yang mungkin menghalang rancangan syarikat untuk melancarkan SUV itu seawal tahun depan.

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here