Volkswagen Beetle bakal muncul semula sebagai kereta elektrik EV?

1867

Baru sahaja pada November 2019, edisi terakhir Volkswagen Beetle Final Edition dilancarkan sebagai ucapan selamat tinggal kepada city car yang sangat ikonik itu. Siapa yang tidak kenal dengan Beetle, bukan?

edisi terbaru Volkswagen Beetle

Walau bagaimanapun, Volkswagen baru-baru ini memberi petunjuk bahawa Volkswagen Beetle akan dilahirkan semula. Ini dapat dilihat pada poster yang bertulis “where one road ends, another begins“, atau “apabila suatu perjalanan berakhir, satu lagi bermula”.



Beberapa andaian dibuat bahawa mereka akan menggunakan motor elektrik yang menggantikan enjin konvensional edisi terbaru Volkswagen Beetle. Oleh itu, adalah mungkin bahawa Volkswagen Beetle akan kembali dengan platform MEB.

Pada Frankfurt Motor Show 2019 yang lalu, Volkswagen mempamerkan Volkswagen Beetle lama yang telah diubah menjadi sebuah kereta elektrik. Bahagian sistem enjinnya telah diambil dari Volkswagen e-Up.

VW e-Up menggunakan bateri 36.8 kWh dan motor elektrik 82hp yang digabungkan dengan transmisi single-speed. Jarak pergerekannya boleh mencapai 200 kilometer dengan kelajuan maksimum pada 150km/jam.

edisi terbaru Volkswagen Beetle

Masa pengecasan bateri untuk jarak 150 kilometer hanya memerlukan 1 jam dengan mod pengisian cepat. Volkswagen berkata bahawa ini adalah penyelesaian untuk pemilik Beetle lama, kerana peningkatan minat untuk menukar kereta ICE (internal combustion engine) ke kereta elektrik.

Apa pendapat anda mengenaik Beetle elektrik ini?

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here