Honda mulakan tahun 2020 dengan ganjaran RM10,000 untuk pelanggan

1856

Dengan kedatangan tahun baharu 2020 dan sambutan Tahun Baru Cina akan datang, Honda Malaysia mengadakan kempen “2020 Starts Now”.

Ia untuk meraikan pelanggan di Malaysia dengan memberi bonus dan keselesaan serta kemudahan pulang ke kampung dengan kenderaan-kenderaan Honda.



2020 Starts Now menawarkan tiga ganjaran berupa rebat sehingga RM10,000, bonus ekstra RM888 dan hadiah eksklusif.

Apa yang perlu dilakukan pelanggan ialah mendaftar Honda baharu mereka dari 1 hingga 31 Januari 2020. Kempen ini tertakluk kepada model-model Jazz, Jazz Hybrid, City, City Hybrid, HR-V, HR-V Hybrid, BR-V, CR-V dan Odyssey.

Jualan memberangsangkan pada 2019

Dari segi jualan, Honda Malaysia merekodkan lebih daripada 78,000 unit jualan dari Januari hinggan November 2019. Syarikat itu juga mengekalkan kedudukan mereka sebagai jenama bukan nasional nombor 1 di Malaysia (setakat November 2019).

Untuk penguasaan segmen, model City menjadi model terlaris dalam segmen-B dengan 36 peratus penguasaan, diikuti oleh HR-V sebagai SUV kompak terlaris dengan 19 peratus. CR-V ialah model ketiga terlaris dengan penguasaan 14 peratus untuk SUV segmen-C.

Honda Malaysia sentiasa menambahbaik perkhidmatan selepas jualannya dengan mempunyai wakil jualan di lokasi berbeza. Pada masa yang sama, mereka turut menawarkan ruang dan suasana lebih baik untuk pelanggan. Honda kini mempunyai 100 wakil jualan seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen “200 Starts Now” atau pandu uji mana-mana model Honda, hubungi talian bebas tol 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here