Utama Berita Automotif Cinturato Rosso tayar baru Pirelli guna teknologi ‘seal inside’

Cinturato Rosso tayar baru Pirelli guna teknologi ‘seal inside’

12

Pirelli melancarkan Cinturato Rosso dengan teknologi ‘Seal Inside’, yang mempertingkatkan lagi tahap keselesaan dan prestasi rangkaian Cinturato Rosso menerusi keupayaan pengedapan kebocoran (puncture-sealing) canggih.

Direka khusus untuk pasaran penggantian, tayar baharu ini menawarkan keseimbangan optimum antara keselesaan, keselamatan dan kegunaan harian.

Teknologi ‘Seal Inside’ membolehkan tayar mengekalkan tekanan angin walaupun berlaku kebocoran akibat tertusuk objek luaran.

Ini membolehkan pemandu meneruskan perjalanan tanpa perlu berhenti untuk mendapatkan bantuan kecemasan.

Cinturato Rosso dengan teknologi ‘Seal Inside’ ditawarkan dalam saiz dari 16 hingga 23 inci, sesuai untuk sedan moden, crossover dan SUV.

Berasaskan fokus asal Cinturato Rosso yang mengutamakan kesenyapan, pengendalian lancar serta keselesaan pemanduan, versi terbaharu ini mengekalkan corak bunga tayar beralur penuh bersama reka bentuk rusuk tengah yang membantu mengurangkan bunyi.

Bukan itu sahaja, ia juga dipertingkatkan dengan lapisan pengedap dalaman bagi memberikan ketenangan tambahan, sama ada untuk pemanduan harian mahupun perjalanan jarak jauh.

Memacu Inovasi Prestasi dengan Teknologi Virtual dan AI

Sasaran prestasi Cinturato Rosso dicapai dalam tempoh pembangunan yang lebih singkat menerusi pendekatan penyelidikan dan pembangunan (R&D) inovatif oleh Pirelli.

Pendekatan ini memanfaatkan teknik pembangunan virtual dan AI untuk mengoptimumkan reka bentuk serta pemilihan bahan, selain melaksanakan ujian prototaip secara virtual sebagai fasa penting dalam proses pembangunan.

Kaedah ini mempercepatkan peningkatan prestasi, di samping mengurangkan keperluan penghasilan prototaip fizikal secara signifikan.

Proses pembangunan cekap dan tepat ini bukan sahaja memacu inovasi, malah mengukuhkan lagi kedudukan Pirelli sebagai peneraju dalam teknologi tayar global.

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here