
Chery Malaysia memperkenalkan pelbagai tawaran menarik termasuk rebat tunai, aktiviti komuniti serta ganjaran eksklusif bagi memeriahkan musim perayaan tahun ini.
Melalui kempen promosi yang berlangsung dari 1 hingga 31 Mac, pelanggan berpeluang menikmati rebat tunai bermula RM7,888 bagi model Chery Tiggo Cross HEV.
Sementara itu, model plug-in hibrid seperti Chery Tiggo 7 PHEV dan Chery Tiggo 8 PHEV pula ditawarkan dengan penjimatan sehingga RM8,888.

Promosi ini dilihat tepat pada waktunya bagi mereka yang merancang menukar kenderaan baharu, terutamanya menjelang perjalanan jauh pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri.
Barisan model PHEV Chery direka untuk menawarkan gabungan prestasi dan kecekapan bahan api.
Dengan bateri dicas penuh serta tangki petrol diisi sepenuhnya, kenderaan PHEV jenama itu mampu mencapai jarak perjalanan sehingga 1,200 kilometer, sekali gus mengurangkan keperluan berhenti dengan kerap untuk mengisi minyak atau mengecas.
Nota: Rebat tunai ini hanya sah bagi kenderaan Tahun Model 2025 (YOM2025)
Roadshow Hari Raya di LaLaport BBCC
Bagi menambah kemeriahan sambutan, Chery Malaysia akan menganjurkan Roadshow Hari Raya di LaLaport Bukit Bintang City Centre.

Pengunjung pusat beli-belah itu berpeluang melihat lebih dekat serta mencuba sesi pandu uji model Tiggo 7 PHEV dan Tiggo Cross HEV di lokasi tersebut.
Pelbagai aktiviti keluarga turut disediakan. Kanak-kanak boleh mengambil bahagian dalam pertandingan mewarna pada 14 Mac, manakala pengunjung lain boleh mencuba permainan interaktif dan berpeluang memenangi barangan eksklusif Chery seperti beg tote mini, topi baseball, set sampul raya dan pin enamel edisi terhad.

Pelanggan yang membuat tempahan mana-mana model Chery antara 7 Mac hingga 5 April 2026 semasa roadshow berkenaan turut akan menerima hadiah khas serta baucar membeli-belah LaLaport bernilai RM150.
Peraduan Raya ‘Fit-Check’ di Bilik Pameran
Chery Malaysia juga memperkenalkan Cabaran Raya PHEV Fit-Check yang berlangsung di semua bilik pameran Chery di seluruh negara dari 9 hingga 31 Mac.
Orang ramai digalakkan hadir ke bilik pameran dengan mengenakan pakaian raya, melakukan pandu uji model PHEV dan memuat naik gambar bersama kenderaan tersebut ke media sosial bagi melayakkan diri menyertai peraduan.

Kempen ini menawarkan lima kategori pertandingan dengan pelbagai hadiah menarik termasuk telefon pintar.
Naib Presiden Chery Malaysia, Lee Wen Hsiang berkata, kempen itu bertujuan membawa suasana perayaan lebih dekat kepada pelanggan sambil memperkenalkan teknologi elektrifikasi Chery.
“Ini adalah masa terbaik untuk rakyat Malaysia merasai sendiri teknologi PHEV kami, khususnya bagi mereka yang merancang pulang ke kampung halaman tanpa perlu risau tentang jarak perjalanan,” katanya.
Maklumat lanjut mengenai promosi dan peraduan ini boleh diperoleh melalui saluran media sosial rasmi Chery Malaysia serta di bilik pameran Chery di seluruh negara.































