Pirelli Cinturato P7 ini mampu sesuaikan diri dengan suhu dan pemanduan

1645

Syarikat pengeluar tayar dari Itali, Pirelli telah melancarkan tayar Cinturato P7 generasi baru. Cinturato P7 generasi sebelum ini dikatakan merupakan tayar terbaik dalam keadaan jalan raya yang basah mahupun kering.

Sehubungan dengan itu, Pirelli ingin menambah baik reputasi tayar ini dengan memberikan penyesuaian terhadap suhu jalan dan keadaan pemanduan.



Sebagai pemilik kereta, salah satu perkara yang perlu anda perhatikan adalah perubahan suhu. Apabila tahap merkuri berubah, keadaan jalan juga berubah, dimana ia akan mempengaruhi keupayaan tayar anda. Perkara ini berlaku terutamanya pada kawasan di mana cuaca tidak dapat diramalkan.

Pirelli ingin menyelesaikan masalah ini dengan memperkenalkan teknologi baru yang bertindak balas terhadap perubahan cuaca. Menurut Pirelli, bunga tayar Cinturato P7 “disertakan dengan resin silikon khas untuk meningkatkan cengkaman dan meningkatkan fungsi polimer tayar.”

Pirelli Cinturato P7

Polimer elastik diubahsuai secara kimia untuk berinteraksi dengan silikon dan bertindak balas terhadap perubahan suhu. Kesimpulannya, sebatian dan pengedaran zarah silikon yang lebih baik dapat mengubah ciri tayar bergantung kepada situasi yang diperlukan.

Walaupun tayar ini digunakan pada musim panas, prestasi cengkaman dan breknya tidak berubah jika ia digunakan dalam keadaan suhu yang sejuk.

Selain itu, Pirelli juga menawarkan teknologi Run Flat dan Seal Inside pada tayar ini, yang menjadikannya pilihan yang sesuai jika anda mencari tayar untuk kenderaan mewah moden anda.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here