Utama Berita Automotif PMX : Kerajaan teliti semula subsidi petrol RON95 untuk golongan kaya

PMX : Kerajaan teliti semula subsidi petrol RON95 untuk golongan kaya

6
Gambar hiasan. Foto : Bernama

Kerajaan meneliti cadangan untuk menyemak semula pemberian subsidi petrol RON95 yang turut dinikmati golongan kaya ketika ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, cadangan mengenai perkara itu diteliti Pasukan Petugas Pengurusan Krisis (PPPK) di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang dipengerusikan Tan Sri Mohd Hassan Marican sejak sebulan lalu.

“Jadi, mereka sedang menelitinya. Saya harap kita akan memuktamadkannya nanti,” katanya semalam. 

Pada Sabtu, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menyarankan kerajaan untuk melaksanakan subsidi bersasar secara lebih menyeluruh, termasuk meneliti semula pemberian subsidi petrol RON95 kepada golongan T20.

Dr Muhamad Akmal berkata, subsidi berkenaan lebih wajar disalurkan kepada golongan B40 dan M40 yang lebih terkesan dengan peningkatan kos sara hidup, selain sebagai langkah memperkukuh ekonomi negara dalam berdepan ketidaktentuan global.

Cadangan itu adalah antara 25 resolusi utama yang dibincangkan dalam program Rundingan Meja Bulat Nasional (RIMBUN) 2.0 yang memfokuskan isu kedaulatan ekonomi negara, semalam.

Ketika ini, semua rakyat Malaysia berusia 16 tahun ke atas, yang memiliki MyKad dan lesen memandu aktif layak menikmati subsidi petrol RON95 pada harga RM1.99 seliter menerusi inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95), tanpa mengira kategori pendapatan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here