Bakal lancar 10 Julai, Indonesia negara pertama perkenal dan CKD Mitsubishi ‘The New SUV’

430

Mitsubishi Motors Corporation (MMC) mempertontonkan “The New SUV” kepada media Indonesia menjelang GAIKINDO Indonesia International Auto Show (GIIAS) pada 10 Julai ini. 

Berikut maklumat awal yang didedahkan Mitsubishi menjelang pelancaran rasmi SUV yang bakal bersaing dengan Honda HR-V itu:



  • Memiliki dimensi panjang 4,390mm, lebar (1,810 mm) dan tinggi (1,660 mm) serta 
    jarak kelegaan tanah 222mm
  • Menggunakan enjin 1.5 liter bersama transmisi CVT
  • Sistem penggerak pacuan roda depan (2WD)
  • 4 mod pemanduan: Normal, Wet, Gravel, dan Mud yang dapat dipilih sesuai dengan kondisi jalan yang dilalui. Mode Wet baharu dibangunkan untuk pengguna yang berada di wilayah dengan taburan hujan tinggi terutamanya di Asean
  • Dynamic Sound Yamaha Premium: MMC dan Yamaha Corporation bekerjasama menghasilkan sistem bunyi premium baharu untuk SUV berkenaan
  • Berdasarkan konsep rekaan Silky & Solid memberikan aura bergaya dan muskular buat SUV ini yang kemudian dipadankan dengan rim 18-inci 
  • Di bahagian depan masih menerapkan rekaan signatur Mitsubishi Dynamic Shield yang kemudian dilengkapkan dengan lampu nyala siang (DRL) LED bentuk L  

  • Bahagian belakang lebih lebar turut dipadankan dengan lampu bentuk T

Indonesia menjadi negara pertama yang bakal melancarkan “The New SUV” dan model itu merupakan pemasangan tempatan (CKD) di kemudahan Mitsubishi Motors Krama Yudha Indonesia (MMKI), Bekasi, Jawa Barat.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here