5 ciri ini anda perlu tahu generasi baharu Honda HR-V RS e:HEV di Malaysia

3914

Seperti pasaran Thailand, Malaysia bakal menerima Honda HR-V generasi baharu dengan varian RS yang dipadankan teknologi e:HEV.

Varian paling sporty dalam keluarga HR-V itu dijana menggunakan sistem hibrid untuk memberikan kuasa maksimum dan kecekapan bahan api.

Ini ciri-ciri yang ada pada HR-V RS:



1. Gabungan enjin petrol dan motor elektrik – HR-V RS  menyalurkan tork 131PS dan 253Nm untuk menawarkan pengalaman pemanduan lebih lancar, selain ditawarkan tiga mod pemanduan membabitkan ECON, Normal dan Sport.

 

2. Honda LaneWatch – teknologi keselamatan termaju berasaskan kamera yang mengurangkan titik buta dengan menyediakan visual masa nyata dalam sistem infotainmen apabila isyarat belok kiri diaktifkan atau butang LaneWatch ditekan.

3. Pintu Belakang BerKuasa Bebas Tangan dengan fungsi Walk Away Close – Pintu belakang akan mula ditutup secara automatik apabila mengesan individu yang mempunyai kunci jauh bergerak menjauhi kereta. 

4. Remote Engine Start dan Walk Away Auto Lock – Memberikan kemudahan kepada pemilik HR-V RS untuk menghidupkan enjin menggunakan butang kawalan serta pintu akan terkunci sekiranya individu mempunyai kunci jauh bergerak menjauhi kereta. 

5. HR-V RS baharu turut didatangkan dengan Honda SENSING membabitkan:

  • Lead Car Departure Notification (LCDN)
  • Adaptive Cruise Control (ACC) 
  • Low Speed Follow (LSF)
  • Collision Mitigation Braking System (CMBS)
  • Forward Collision Warning (FCW)
  • Lane Keep Assist System (LKAS)
  • Road Departure Mitigation (RDM)
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Auto High Beam (AHB)

Pra-tempahan HR-V

Untuk pra-tempah HR-V baharu, anda boleh melayari ke prebook.honda.com.my atau memuat turun aplikasi HondaTouch pada telefon pintar.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh mengunjungi mana-mana pengedar sah Honda di seluruh negara atau menghubungi nombor Bebas Tol Honda di 1-800-88-2020 atau melayari www.honda.com.my.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here