Sah! Honda HR-V generasi baru ditawarkan enjin petrol dan hibrid di Malaysia, kini dibuka pra-tempahan

14975

Ramai yang bertanya dan tertunggu-tunggu bila Honda HR-V generasi baharu akan dilancarkan di pasaran tempatan.

Di negara jiran seperti Thailand, Indonesia dan Filipina sudah dilancarkan dengan beberapa tawaran enjin yang berbeza.

Seperti Thailand, negara itu mendapat HR-V yang menggunakan enjin hibrid bersesaran 1.5 liter sahaja, manakala 1.5 liter i-VTEC NA dan 1.5 liter VTEC turbochargerd bagi pasaran Indonesia serta Filipina.



Bagi pasaran Malaysia, Honda Malaysia baharu sahaja membuka pra-tempahan bagi model berkenaan. Pilihan enjin pula ditawarkan dengan petrol dan hibrid.

Namun spesifikasi dan varian enjin itu, Honda Malaysia masih lagi berahsia. Kita tunggu sahaja pengumunan rasmi mereka nanti.

SUV kompak itu dijangka dilancarkan pada suku ketiga tahun ini, ini perbezaan yang anda perlu tahu tentang generasi baharu HR-V.

Perbezaan dimensi HR-V baharu dan lama

 

Honda HR-V Semasa

Honda HR-V Serba Baharu

Perbezaan

Panjang

4,346mm

4,385mm

+39mm

Lebar

1,790mm

1,790mm

Tiada perubahan

Tinggi

1,605mm

1,590mm

-15mm

Jarak Roda

2,610mm

2,610mm

Tiada perubahan

 

Rekaan Fastback

Untuk reka bentuknya pula, ia didatangkan rekaan jeriji hadapan baharu, manakala bahagian belakang mempamerkan gaya fastback.

Ciri luaran baharu HR-V RS serba baharu termasuk Isyarat Membelok Berurutan LED Hadapan dan Jalur Lampu Belakang LED menjadi elemen reka bentuk yang paling menonjol, menguatkan getaran premium dan sporty bahagian luarannya.

Lampu utama hadapan, belakang dan kabus turut menggunakan teknologi LED, selain menggunakan rim aloi 18 inci bagi melengkapkan lagi pakej luaran keseluruhan model baharu itu.

Pra-tempahan HR-V

Untuk pra-tempah HR-V baharu, anda boleh melayari ke prebook.honda.com.my atau memuat turun aplikasi HondaTouch pada telefon pintar.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh mengunjungi mana-mana pengedar sah Honda di seluruh negara atau menghubungi nombor Bebas Tol Honda di 1-800-88-2020 atau layari laman web Honda. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here