“Boleh pula rider marah pemilik kereta lambat sentuh kad Touch n Go, salah orang bro..”

7304

Masih ada lagi segelintir penunggang motosikal yang degil menggunakan lorong Touch n Go dan SmartTAG.

Tindakan tidak bertanggungjawab itu menyusahkan pengguna yang lain kerana menyebabkan pemandu kereta perlu membayar dua kali caj tol.

Namun, baru-baru ini lain pula yang berlaku apabila seorang pengguna berkongsi dimarahi penunggang motosikal kerana enggan menyentuh kad Touch n Go.



Menurut perakam video itu, kejadian tersebut berlaku pada awal pagi semalam yang mana dua penunggang motosikal berkenaan sudah siap sedia menunggu kenderaan di lorong Touch n Go.

Happened today (8 Jun) at Duke Highway, tak tau nak cakap apa but such brainless people indeed. Tau lorong TnGo, nak masuk juga pastu sound aku buka palang, memang takda la bro,” tulisnya.

Tindakannya itu menyebabkan penunggang berkenaan tersekat di belakang palang tol. Lebih lucu video 27 saat itu menunjukkan seorang penunggang cuba menyengetkan motosikalnya sebagai percubaan melepasi palang berkenaan namun gagal bahkan tanpa rasa bersalah meminta pemandu kereta itu segera menyentuh kad Touch n Go.

Menurut kami pihak tol sudah menyediakan laluan motosikal entah mengapa mereka enggan menggunakan lorong khas berkenaan. 

Perkongsian itu mendapat kecaman daripada netizen bahkan ramai yang berkongsi berdepan situasi sama. Salah seorang pengguna Twitter @nadialatiff22 bercerita kejadian sama pernah berlaku pada dirinya sehingga menyebabkan palang menghentam cermin depan keretanya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here