Pemilik Yamaha RX-Z tawar ‘swap’ dengan model 4×4

2024

Nilai pasaran Yamaha RX-Z semakin meningkat sehinggakan kadang-kala harga yang ditawarkan penjual boleh membeli sebuah kereta baharu.

Seorang pemilik motosikal Yamaha RX-Z mengiklankan di Facebook untuk menukar motosikal tersebut dengan kenderaan pacuan empat roda.



Bahkan model yang dipilih juga bukan bishe-bishe iaitu sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux atau Mitsubishi Triton.

Menurut pemilik motosikal itu, Yamaha RX-Z tahun 1992 berkenaan baru saja menjalani restorasi dan jarang digunakan.

“Cuba swap Triton atau Hilux, tahun 1992, wiring full catalyzer, baru siap restore.

“Roadtax mati tahun 2006, boleh tukar nama, nama saya sendiri. Motor parking jarang ride,” tulisnya.

Netizen mengecam tindakan pemilik tersebut dan menganggap tawaran itu sangat melampau.

“Body (badan motosikal) dah welding 10 kali pun nak swap dengan besi baru.”

“Tak pelik pun sekarang pasal RXZ mahal yang tegar sahaja faham.”

“Mana tahu rezeki dia ada betul-betul orang nak swap. Nanti jangan lupa ambil gambar 4×4 baharu ye bang.”

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here