Perodua Alza sudah ada ketersambungan Apple CarPlay

1115

Perodua Alza (2022) didatangkan dengan ketersambungan Android Auto menerusi wayar pada varian 1.5 AV. 

Sebelum ini, Perodua memberitahu Apple CarPlay bakal tersedia pada model Alza 1.5 AV menjelang penghujung tahun ini yang mana kemas kini boleh dilakukan pada model sedia ada.

@simonperodua

All New Perodua Alza now with Apple Car Play #fyp #peroduaalza #applecarplay

♬ Di Luar Kemampuanku – Ukays



Terkini, seorang pengguna TikTok berkongsi Alza sudah didatangkan dengan fungsi Apple CarPlay. Ini bermakna  Perodua sudah menerima sijil dan kelulusan untuk menggunakan aplikasi tersebut. 

Sebelum ini, aplikasi Apple CarPlay tidak disediakan bersama Android Auto kerana Perodua masih menunggu sijil kelulusan MFi daripada Apple.

@gcmah

Perodua Alza dah ada Apple CarPlay 🍎✅ #Perodua #Alza #Apple #CarPlay #applecarplay #peroduaalza #peroduaalza2022 #gcmah #autobuzzmy

♬ How You Like That – BLACKPINK

Buat pengguna Alza yang sudahpun menerima kenderaan boleh mengaktifkan ciri Apple CarPlay ketika melakukan penyelenggaraan.

Dengan adanya ciri berkenaan menjadikan MPV tersebut sebagai model pertama memiliki ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here