Smart lantik Proton pengedar rasmi pasaran Malaysia dan Thailand

745

Proton secara rasmi dilantik sebagai pengedar kenderaan tenaga baharu (EV), Smart bagi pasaran Malaysia dan Thailand.

Kerjasama antara Proton dan Smart Automobile Company melibatkan penjualan dan penyelenggaraan rangkaian model Smart. Proton akan mula menjual model pertama Smart bermula suku keempat tahun depan.



Perjanjian Pengedaran Am tersebut juga melibatkan proses pembangunan keseluruhan bagi menembusi pasaran EV. Misalnya, Proton mahu melabur dalam rangkaian pengecasan dengan kerjasama pembekal pengecasan tempatan.

Ia juga berhasrat untuk menyedia dan memasang unit domestik untuk pelanggan yang mahu mengecas EV di rumah.

“Malah akan mengambil pengalaman dan pengetahuan yang berharga bukan sahaja dari segi pengendalian servis dan pengecasan EV, tetapi mengubah cara kami berinteraksi dengan pengalaman.

“Peralihan ke dalam pasaran baharu ini akan memacu Proton kea rah menjadi lebih mesra alam dalam semua operasinya. Sekali gus membantu Malaysia mencapai sasaran neutrality karbon menjelang tahun 2050,” kata Ketua PegawaiEksekutif Proton, Dr. Li Chunrong.    

Proton mahu memodelkan operasi jualan untuk Smart seperti yang dilakukan jenama itu di pasaran lain. Penekanan akan diberikan ke atas aspek integrasi gaya hidup digital yang merangkumi perancangan perjalanan, pengecasan dan pertimbangan pembelian.

Antara perkara yang sedang diteroka oleh Proton adalah untuk menarik bakat muda. Justeru, Proton akan melaksanakan rancangan jangka panjang untuk melestari dan meningkatkan kecekapakn tenaga muda. Selain menaikkan skor ESG bagi menarik minat pekerja industri automotif generasi akan datang.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here