Untung besar tukar Yamaha RX-Z dengan tanah lot di Kelantan

960

Seorang pemilik Yamaha RX-Z ‘untung besar’ apabila membuat pertukaran jual beli motor tersebut dengan sebidang tanah lot di Kelantan.

Berita itu dikongsikan oleh pengguna Facebook Nik Mohd Zulkiflee Lee menerusi grup Jual Beli RXZ.



Model Yamaha berkenaan merupakan versi Catalyzer yang diperkenalkan pada tahun 2003 sehingga tahun 2011. Pemilik menukarnya dengan sebidang tanah seluas 500 meter persegi. 

“2022 sejarah, RXZ catal ‘swap’ dengan tanah lot, Alhamdulillah rezeki,” tulisnya. 

Bagaimanapun, pemilik tidak berkongsi nilai tanah lot berkenaan. Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Ada yang mempersoalkan perkongsian itu sekadar konten di samping memuji tindakan bijak pemilik yang mengorbankan ‘barang rare’ kepada sesuatu yang lebih menjamin masa depan. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here