Ducati Diavel 1260 Lamborghini, motosikal edisi terhad yang diinspirasikan dari Sian FKP 37

1327

Ducati kini memperkenalkan sebuah motosikal edisi terhad yang sangat menarik, yang dikenali sebagai Diavel 1260 Lamborghini.

Diavel 1260 Lamborghini

Merupakan motosikal pertama yang dihasilkan hasil kerjasama Ducati dan Lamborghini, model ini diinspirasikan dari Lamborghini Siàn FKP 37 yang diperkenalkan pada 2019.



Kelihatan lebih agresif berbanding varian standard bagi Diavel 1260, motosikal ini dilengkapi dengan bahan gentian karbon pada ruang kemasukan udara, pelindung radiator, mudguard, serta alas tangki bahan api.

Diavel 1260 Lamborghini

Selain itu, gentian karbon juga digunakan pada beberapa bahagian lain seperti spoiler, pelindung peredam ekzos dan juga rangka lampu utama.

Selain penggunaan bahan gentian karbon yang banyak, motosikal ini juga disertakan dengan skema cat yang sama seperti Siàn FKP 37 iaitu Gea Green dan digabungkan dengan warna Electrum Gold.

Diavel 1260 Lamborghini

Motosikal ini menggunakan roda 17 inci dan turut dilengkapi dengan kemasan nombor ’63’, yang merupakan suatu penghormatan kepada tarikh penubuhan Lamborghini iaitu pada tahun 1963.

Diavel 1260 Lamborghini

Selain dikuasakan oleh enjin 1.3-liter yang mampu menghasilkan sehingga 160hp dan 129Nm tork, model ini juga dilengkapi dengan suspensi boleh laras sepenuhnya daripada Ohlins, swingarm aluminium, sistem brek dari Brembo, skrin instrumen digital 3.5 inci, sambungan kepada peranti pintar dan juga sistem Quick Shift.

Diavel 1260 Lamborghini dihasilkan hanya dalam 630 unit dan akan mula dijual pada Disember ini.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here