Genesis GV70 akan hadir dengan sistem yang mengesan nafas bayi dalam kereta

1258

Hyundai pada hujung 2018 pernah memperkenalkan pengesan cap jari untuk membuka pintu Santa Fe dan menghidupkan enjinnya.

Hyundai Santa Fe

Kini untuk 2020, jenama mewah Hyundai iaitu Genesis telah membangunkan sistem yang lebih maju iaitu teknologi pengesanan cap jari dalam kenderaan.

Terletak di bawah butang Start/Stop GV70, ia mengawal pembayaran elektronik menggunakan Genesis CarPay tanpa perlu memasukkan kata kunci enam-digit seperti biasa.



Apa itu Genesis CarPay? Ia sistem yang membolehkan pemandu membayar perkara seperti petrol dan parkir melalui sistem infotainmen.

Seperti dalam Santa Fe versi pasaran China, enjin SUV mewah ini boleh dihidupkan dengan hanya menggunakan cap jari. Membuka pintu juga boleh dilakukan dengan aplikasi telefon pintar.

Walaupun reminder tempat duduk belakang telah wujud beberapa tahun, Genesis mengambil langkah lebih ke depan dengan GV70.

Di silingnya terdapat pengesan radar yang tepat, bukan sahaja mengesan pergerakan kaki atau lengan, tetapi juga hingga pergerakan dada bayi kecil yang bernafas.

Pengeluar Korea Selatan itu mendakwa pengesan radar itu mempunyai kadar pengesanan yang menyeluruh, malah mampu mengesan jika ada anjing di ruang kargo belakang.

Pengesan ini juga cukup berkuasa hingga boleh mengesan objek di sebalik pakaian, selimut, tempat duduk, sangkar anjing mudah-alih, dan bahan-bahan bukan logam lain.

GV70 akan menjadi model pertama menerima sistem ini, tetapi sudah tentu model Genesis lain akan mengikutinya. Kemudian, ia akan menjadi sistem biasa dalam model-model Hyundai pula.

Genesis GV70 dijangka memasuki pasaran domestiknya bulan depan, dan seterusnya dijual secara global tahun depan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here