Wilayah Selatan kunci pertumbuhan MAN Malaysia tahun ini

522

MAN Truck & Bus (M) Sdn Bhd (MAN Malaysia) terus percaya bahawa wilayah Selatan akan menjadi kawasan pertumbuhan utama dan menyumbang ke arah kemajuan MAN di negara ini berikutan prestasi cemerlang pada tahun 2022. 

Peningkatan ini dipacu oleh sambutan yang amat menggalakkan di pasaran terhadap rangkaian Trak MAN Baharu berkuasa Euro V.



Banyak syarikat pengangkutan kini memilih Trak MAN Baharu dengan enjin Euro V pelepasan rendah yang terbukti mampu membantu perniagaan mencapai matlamat kemampanan dan keuntungan mereka.

Pengurus Besar MAN Malaysia, Andrew O’Brooks berkata, pihaknya gembira melihat semakin banyak syarikat pengangkutan Malaysia, terutamanya di Johor, yang komited untuk mengurangkan jejak karbon kumpulan kenderaan masing-masing dengan Trak MAN Baharu dengan pelepasan yang lebih rendah.

“Pada 2022 adalah tahun pertumbuhan yang menakjubkan bagi kami dengan peningkatan sokongan daripada pemain industri utama di seluruh negara, kami menantikan tahun yang lebih hebat di hadapan,” katanya.

Beliau berkata pada majlis penyerahan Trak MAN Baharu kepada syarikat pengangkutan berpangkalan di Johor yang disaksikan oleh lebih 50 orang ahli Persatuan Pengusaha Lori Johor (JTA).

Pada majlis penyerahan kunci, tiga syarikat yang mengendalikan Trak MAN generasi terdahulu menerima Trak MAN TGS Baharu berkuasa Euro V.

Pelanggan berulang ialah Sri Kulai Transport Sdn Bhd dan Kiaan Yap Transport Sdn Bhd menerima MAN TGS 6×4 Baharu. Chain Hub Sdn Bhd pula menerima kunci untuk MAN TGS 6×2 Baharu.

Dua syarikat yang menjadi ahli keluarga baharu MAN ialah Modern Wong Transport Sdn Bhd dan Soong Ki Trading Sdn Bhd.  Kedua-dua buah syarikat memilih MAN TGS 6×4 Baharu yang sesuai untuk pengangkutan kargo tugas berat.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here