Italjet Signature A.R.L Dragster: Diilhamkan NOAH, Ariel, 50 unit sahaja, harga RM50K!

638

Sempena Pameran Motor Antarabangsa Indonesia (IIMS) 2023, Utomo Corp membuat kejutan menarik dengan memperkenalkan Italjet Dragster diilhamkan vokalis kumpulan muzik NOAH, Ariel. 

Skuter jenama Itali itu direka khas syarikat pengubahsuaian Homeland, Smoked Garage, Utomo Corp, dan Ariel NOAH.

Skuter itu dipanggil Italjet Signature A.R.L Dragster, dihadkan kepada 50 unit untuk menjadikannya lebih eksklusif. 



Credit Gambar: naikmotor.com

Bentuk Italjet Dragster itu tidak memerlukan banyak perubahan, cuma menambah sedikit aksen pada badan mengikut hobi penyanyi berkenaan membabitkan dunia aksi dan warna. 

Gabungan warna biru tua itu akhirnya dipilih menutup bahagian hadapan badan dengan gabungan aksen gangsa di beberapa bahagian.

Untuk mengubahsuai skuter itu, Ariel dibantu oleh pemilik Smoked Garage, Nicko Eigert yang dikatakan mengambil masa dalam tempoh sebulan. Skuter Italjet Signature A.R.L Dragster ini dijual bermula IDR 175 juta (RM50,993).

Untuk pasaran Malaysia bagi skuter ini, anda boleh baca di bawah

>>Italjet Dragster masuk dua varian di Malaysia, 125cc dan 200cc. Harga dijangka bermula RM30K!

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here