Italjet Dragster masuk dua varian di Malaysia, 125cc dan 200cc. Harga dijangka bermula RM30K!

1361

Chear Global bakal melancarkan skuter Italjet Dragster secara rasminya untuk pasaran Malaysia pada Sabtu ini, 8 Oktober 2022 di Shah Alam, Selangor.

Skuter premium dan unik itu ditawarkan dengan dua varian enjin 125cc serta 200cc yang  dijangka dijual RM30,000 hingga RM35,000 seunit.



Skuter jenama Itali ditawarkan tiga warna pilihan iaitu Anthracite White Red (merah),  Anthracite Yellow (kuning) dan Black Grey (hitam). Hanya varian kuning dilengkapi casis kuning manakala dua lagi kekal dengan rona merah.

Uniknya jentera itu, ia menggunakan Sistem Stereng Bebas (ISS) untuk suspensi hadapan, manakala belakang peredam tunggal hidrolik.

Italjet Dragster itu boleh dikatakan skuter dibawah 200cc pertama di Malaysia yang menggunakan brek Brembo hadapan dan belakang.

Enjin yang menerima piawaian Euro5 itu adalah berjenis 4-lejang silinder tunggal DOHC 4-injap penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI) dan klac kering, selain menggunakan transmisi jenis CVT.

  • Varian 125: Enjin berseseran 124cc dengan menyalurkan 12.3hp pada 9,500rpm, tork 10.5Nm pada 7,750rpm. Kelajuan maksimum dikatakan 96km/j.
  • Varian 200: output mencecah 17.3hp pada 8,000rpm, tork 15.5Nm pada 7,750rpm dengan enjin bersesaran 181cc. Kelajuan maksimum dikatakan 108km/j.

Sementara itu, ia menggunakan rim aloi ringan dua tona warna depan 12 inci dan belakang 13, masing-masing dengan tayar saiz 120/70 dan 140/60.

Memiliki berat kasar 140kg, tinggi pelana 770mm dan kapasiti tangki minyak 9 liter.
Instrumen meter jenis digital bersaiz kecil dengan dua butang untuk mengubah paparan maklumat skrin. Dwi-pelana tetapi agak kecil untuk pembonceng belakang.

Selain itu, beberapa aksesori premium ditawarkan dengan muffler slip-on, suspensi belakang Ohlin, kit CVT/klac 200cc, kit brek Brembo Racing dan beberapa komponen gentian karbon.

Galeri Gambar:

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here