Lancar tahun depan, Perodua Axia bakal guna enjin turbo seperti Ativa?

6066

Dilaporkan Toyota Agya dan Daihatsu Ayla serba baharu bakal diperkenalkan tahun depan. Difahamkan kembar Perodua Axia itu bakal membuat kemunculan pada bulan Mac dengan enjin 1.0 liter turbo.

Menurut portal OtoDriver, model kompak itu mencapai usia sembilan tahun sejak diperkenalkan pada 2013.

Honda

Kedua-dua model itu bakal didatangkan dengan enjin 1.0 liter turbo dan 1.2 liter aspirasi semulajadi iaitu janakuasa sama yang digunakan pada enjin Daihatsu Rocky (Perodua Ativa).

Justeru itu, model akan datang Daihatsu Ayla akan mempertaruhkan enjin 998cc 1KR-VET 3-silinder sebaris DOHC VVT-i yang menghasilkan kuasa 98PS @6,000rpm dan tork 140.2Nm @ 2,400-4,000rpm.

Sementara enjin kedua 1.2 liter DOHC Dual VVT-i mampu menghasilkan kuasa 88PS @ 6,000rpm dan tork 112.7Nm @ 4,500rpm. Sepertu mana Toyota Raize dan Daihatsu Rocky turbo,  transmisi pula bakal menggunakan 5-kelajuan manual atau D-CVT (Dual CVT).

Toyota Agya dan Daihatsu Ayla sedia ada di Indonesia ditawarkan dengan dua pilihan enjin iaitu 1.0 liter 3-silinder yang menghasilkan kuasa 67PS dan tork 89Nm dan enjin 1.2 liter 4-silinder (88PS/108Nm).

Perodua Axia pula dilengkapi dengan enjin 1.0 liter VVT-i berkuasa 68 PS dan tork 91Nm bersama transmisi 4 E-AT. 

Sekiranya pasaran jiran bakal menerima enjin 1.0 liter turbo tidak mustahil Perodua Axia   turut ditawarkan dengan janakuasa sama atau juga hanya didatangkan dengan enjin 1.2 liter bagi mengekalkan statusnya sebagai kenderaan mampu milik. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here