Wanita maut motor ditunggang langgar Myvi buat pusingan U ‘mengejut’

829

Seorang wanita meninggal dunia manakala anak perempuannya parah selepas motosikal ditunggang merempuh Perodua Myvi yang tiba-tiba membuat pusingan U pada kejadian di KM68, Jalan Alor Setar-Butterworth, Sungai Petani, semalam. 

Pada kemalangan jam 1.55 tengah hari membabitkan tiga kenderaan itu, mangsa yang membonceng motosikal meninggal dunia ketika dirawat di hospital manakala anaknya patah paha kiri.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, siasatan mendapati, Perodua Myvi terbabit dipandu lelaki berusia 32 tahun dan bekerja sebagai pembantu kedai.



Perodua Myvi itu datang dari arah sama dengan motosikal ditunggang dua beranak berkenaan manakala sebuah lagi kereta dipandu lelaki berusia 22 tahun datang dari arah bertentangan.

“Ketika kejadian, pemandu Perodua Myvi terbabit berada di laluan motosikal sebelum tiba-tba membuat pusingan U.

Mangsa yang gagal mengelak terlanggar bahagian depan Perodua Myvi menyebabkan kedua-dua beranak itu tercampak ke jalan,” katanya.

Mangsa kemudian dilanggar kereta yang datang dari arah bertentangan dan siasatan awal mendapati, kejadian berpunca daripada kecuaian pemandu Perodua Myvi yang membuat pusingan U di kawasan yang tidak dibenarkan.

“Pembonceng motosikal yang berusia 52 tahun dan anaknya yang berusia 24 tahun serta bekerja sebagai operator kilang dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk menerima rawatan.

“Bagaimanapun, si ibu disahkan meninggal dunia jam 3.05 petang akibat parah di kepala manakala anaknya masih menerima rawatan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here