Wanita catat rekod dunia bagi kayuhan basikal paling laju

4285

Denise Mueller-Korenek membuat kayuhan sehingga 296 kilometer sejam (km/j) dengan bantuan jentera drag yang memiliki 800hp.

Biarpun, wanita berusia 45 tahun itu sudah memecah rekod dunia sebelum ini yang mencatat kayuhan pada kelajuan 269 km/j pada tahun 1995 oleh Fred Rompelberg.

Dia membuat kayuhan basikal di belakang jentera drag itu merentasi  Bonneville Salt Flat semasa melangsungkan Project Speed di Utah baru-baru ini.



Mueller-Korenek menunggang basikal seberat 16 kilogram, berukuran sepanjang 7 kaki yang hadir dengan bingkai gentian karbon. Ia juga menggunakan tayar moto dan pemegang yang stabil.

Pengayuh wanita berusia 45 tahun terbabit bukan calang-calang wanita kerana beliau telah menjuarai 13 kejuaraan kebangsaan dan dua Kejuaraan Dunia di jalan raya, trek dan perlumbaan mountain-bike sebelum dia bersara dari sukan itu.

Beliau juga telah menyertai Marathon Great Wall of China pada tahun 2016. Selain itu, wanita terbabit sudah pernah memecah rekod dunia sebagai penunggang basikal wanita pertama yang mencapai kelajuan 237.2 km/j.

Siapa kata hanya lelaki mampu melakukan perkara luar biasa dalam dunia automotif, perempuan juga boleh. Semoga kejayaan Denise Mueller-Korenek dapat menjadi inspirasi kepada ramai wanita di luar sana.

Denise Mueller dilahirkan dalam keluarga yang berani. Ayahnya, Myron Mueller, adalah pelumba jarak jauh; beliau merayakan ulang tahun ke-70nya dengan mengayuh seluruh perimeter Amerika Syarikat, jarak lebih dari 12,000 batu (19,000 km). Dia berada di Guinness Book of World Records sebagai orang tertua untuk basikal yang bersempadan. Ibunya, Anna Dement, melancarkan kereta api perobohan-derby. “Dalam keluarga kami, gila adalah jenis kami yang normal,” kata Denise. Dia lulus dari Sekolah Tinggi San Dieguito.

Sumber Project Speed Denise Mueller-Korenek Project Speed

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here