Kereta amfibia hasil daripada 500 kotak minuman

3137

Kereta amfibia ini direka oleh seorang warga Eropah yang menggelarkan dirinya Master Milo. Seseorang berikan kereta jenis Renault 5 itu kepadanya dan dia melakukan sesuatu yang luar biasa dengan kereta itu.

Master Milo dan rakannya menjadikan kereta itu seperti sebuah bot dengan menggunakan 500 kotak minuman. Kaedah yang digunakan menjadikan kereta amfibia itu sangat unik dan lain daripada lain.

Langkah pertama yang dia lakukan adalah dengan menimbang berat jentera itu untuk mengetahui jumlah kotak minuman yang diperlukan. Ini adalah untuk memastikan kereta itu boleh terapung dipermukaan air.



Mereka juga membuka rangka kereta itu untuk memastikan tiada lubang yang terbuka dan juga dapat mengurangkan sedikit berat dibahagian tertentu.

Rakannya juga membina rangka berbentuk seakan kapal untuk mengimbangi badan kereta itu supaya ia tidak tenggelam.

Selain itu, mereka memotong bumbung yang menghasilkan ruang untuk mereka berdiri dan bertindak sebagai laluan kecemasan sekiranya sesuatu ynag tidak diingini berlaku.

Mereka juga memasang enjin sampingan di belakang jentera itu untuk membantunya meredah air dan ombak yang terhasil.

Setelah semua proses siap, kini masanya untuk melihat kereta itu terapung di permukaan air dan menjadikannya kereta amfibia.

Walaupun ada kotak minuman yang tertanggal daripada jentera itu saat ia meredah air, jentera itu nampaknya berhasil sebagai sebuah bot.

Keterapungan jentera itu nampaknya cukup untuk memastikan enjin tidak dimasuki air. Apabila tiba masa untuk mereka keluar dari tasik itu mereka hanya perlu mematikan enjin dan memandu keluar.

Mungkin video ini boleh menjadi inspirasi kepada anak muda untuk menghasilkan kereta amfibia keluaran Malaysia? Tapi pastikan ianya dalam kawalan dan perhatian pihak yang berwajib untuk mengelakkan insiden yang tidak diingini berlaku.

Sumber mastermilo

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here