Mercedes-AMG A 35 ‘adik’ hatchback baru pengeluar daripada Jerman

4156

Sebelum membuat kemunculan sulong di Paris Motor Show pada bulan hadapan, Mercedes sudah mendedahkan model baharunya menerusi AMG A35 baru-baru ini.

Ia dibina seiring dengan model hatchback popular jenama itu iaitu AMG A 45 yang bakal diperkenalkan pada tahun hadapan.



 

AMG A 35 ini diperbaharui dengan rupa yang lebih menarik dan teknologi yang lebih maju. Ia hadir bampar depan yang tampak agresif dengan lampu hadapan dan belakang yang lebih tirus.

Bagi bahagian sisi pula, jentera ini dilengkapi dengan skirt labuh yang membuatkan ia kelihatan sporty dan bergaya. Bahagian belakangnya pula diberikan bampar yang diperkemaskan dengan warna hitam berkilat yang menempatkan dua tip ekzos berbentuk bulat.

Yang menariknya tentang model ini ialah ia dilengkapi dengan sistem yang dinamakan AMG Track Pace system. Sistem ini membolehkan kenderaan itu merekod dan menganalisa kelajuan dan pecutan, brek serta masa pusingan semasa di balapan. Sistem ini berfungsi menggunakan sistem GPS bagi merekod setiap analisa kenderaan.

Mercedes AMG A 35 ini boleh mula ditempah bermula bulan hadapan kepada pelanggan yang berada di Eropah. Namun penghantaran pertama untuk pembeli hanya kan dibuat bermula Januari 2019.

Mercedes AMG A 35 ini mungkin tidak sehebat model A 45 yang sedia ada, namun reka bentuk dan teknologinya tidak kurang hebat.

Pada pandangan anda, sebaiknya beli sahaja A 35 yang seakan A 45 ini atau lebih baik terus pilih A 45?

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here