Cara mudah atasi overheating pada motosikal

19886

Overheating atau terlebih panas adalah perkara biasa yang boleh berlaku pada kenderaan bermotor. Apatah lagi setelah berjalan jauh, melalui kawasan bersuhu tinggi dan kesesakan trafik berpanjangan. Kurang perhatian pada aspek penyelenggaraan enjin juga boleh menjadi faktor.

Namun, apabila berlakunya masalah overheat, anda tidak perlu panik kerana ada cara yang boleh dilakukan unutk mengatasinya. Malah, pada mereka yang sudah terbiasa melakukan perjalanan yang jauh, pasti sudah lali dengan masalah ini. Kita akan bercakap mengenai masalah overheating pada motosikal.



Ketika berlakunya overheating, jangan teruskan perjalanan. Sebaliknya, carilah tempat yang sesuai untuk berhenti dan rehatkan motor anda. Sekiranya perjalanan diteruskan setelah berlakunya overheat, masalah yang lebih serius mungkin akan menimpa. Malah, perjalanan anda akan tertangguh dengan lebih lama.

Setelah anda memberhentikan motosikal, periksalah bahagian enjinnya untuk memastikan tiada masalah yang lebih serius. Ini kerana ada kemungkinan bahagian dalaman motosikal yang lainnya akan turut terjejas ketika berlakunya overheating.

Apabila sudah pastikan keadaan enjin, periksa pula di bahagian piston atau omboh motor. Posisi silinder piston yang terlalu rapat mungkin akan menyekat pergerakannya, lalu menyebabkan minyak pelincir tersekat. Ini boleh menjadi salah satu punca kepada berlakunya overheating.

Setiap langkah pemeriksaan ini perlu dilakukan sebagai rutin secara berkala. Ketika berlakunya masalah overheating, adalah lebih baik untuk membiarkan sahaja motosikal anda selama beberapa minit, agar enjinnya sejuk dengan sendiri. Ternyata cara ini, adalah yang terbaik walaupun kelihatan mudah.

Sekiranya motosikal anda menggunakan sistem penyejuk radiator, periksa tahap cairan penyejuk jika ia perlu ditambah. Ketika overheating, cecair penyejuk juga boleh meruap dan berkurang selepas sejuk. Pastikan juga cecair berkualiti dan asli digunakan, yang berjenis tidak mudah beku dan anti karat seperti Yamalube Yamacoolant.

Menariknya, produk ini dibuat dengan 40% konsentrasi pekat dan 60% air, dan menjadi pilihan yang paling tepat. Produk ini juga kini dikeluarkan dengan botol yang lebih kecil dan lebih ekonomi.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here