Proton Green Hornet yang sedia ‘menyengat’ jentera kanjo Honda

6396

Walaupun terdapat banyak model bawah 2.0-liter untuk tujuan modifikasi seperti Proton Putra, Proton Satria Neo, Toyota Corolla SEG, Honda Civic EG dan EK, model Proton Satria masih pilihan popular.

Proton Putra mungkin lebih desirable atau lebih menggiurkan, tetapi Satria mendapat tempat di dunia modifikasi kerana rupa yang sporti, lambakan alatganti dan barangan prestasi pada harga berpatutan, dan casis yang sedia menerima lebih kuasa.



Kali ini kami paparkan sebuah Proton Satria dari Kuantan, Pahang. Dengan jolokan nama Green Hornet (tebuan hijau) dan prestasi 8.1 saat untuk 1/8 mile drag, ia pastinya suatu pakej yang mampu “menyengat” jentera-jentera seperti Civic EG dan Satria GTi sendiri.

Seperti pada nama timangannya, Satria Green Hornet ini menerima cat badan hijau menyerlah yang dikontrakan dengan warna hitam.

Tetapi jika diperhatikan pada bampar depan berwarna hitam itu, tersorok satu lubang kemasukan udara yang besar untuk menyedut udara dan dicampur dan diadun dengan pembakaran oleh Haltech ECU di dalam blok 4G93 untuk kuasa mengujakan.

Secara kasar, tiada ciri agresif atau terlalu menonjol pada luara Satria Green Hornet ini, hanya badan dan rupa yang kemas dan ringkas.

Projek Satria Gren Hornet ini dibina dan ditala oleh KRS Autowork, Kuantan dan hasil kerjasama dengan Mentari Performance Academy.

Berikut adalah spesifikasi Proton Satria Green Hornet:

Model asas: Proton Satria 1.6
Luaran: Bampar depan custom, velocity stack, spoiler belakang custom
Dalaman: Tempat duduk Bride full bucket
Modifikasi enjin: 4G93 NA (Satria GTi), 82.5 mm 12.5 CP Piston, K1 rods, OEM 89mm crank, Fully Blueprint, 300++ cams, 1000cc injectors, Edelbrock intake + 70mm S90, CNC ported polished head, fully sequential fuel+firing, 3D tuned on Haltech ECU
Sistem ekzos: 4-1 stainless steel header, Megaphone outlet
Transmisi: Custom gear ratio
Elektronik: Defi link display, Autogauge RPM meter, Aem Wideband LSU 4.9
Suspensi: Tein (depan), HWL (belakang)
Brek: Cakera standard Satria 1.6, pad Brembo
Rim dan tayar: Rim 15-inci Spoon, tayar Toyo R888R

Info/gambar: Raziman Sipico

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here