SAH: Toyota Supra tamat produksi Mac 2026

10

Satu berita kurang enak terutama untuk para peminat Toyota Supra.

Toyota mengumumkan produksi bagi model kereta sports tersebut akan ditamatkan pada Mac 2026.

Pengakhiran model tersebut telah pun dijangka sebelum ini berdasarkan pelancaran GR Supra Final Edition dengan kuasa yang dinaiktaraf kepada 429 hp dan 569 Nm.

Hanya 300 unit ditawarkan untuk kedua-dua pasaran Jepun dan Eropah.

Toyota Supra generasi kelima diperlihatkan pada Detroit Auto Show 2019 selepas 21 tahun menyepi.

Supra MK5 menggunakan platform BMW Z4, dan boleh didapati dengan pilihan enjin enam silinder sebaris 3.0 liter atau enjin empat silinder sebaris 2.0 liter yang hanya ditawarkan untuk pasaran tertentu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here