Cepat beli Mitsubishi Evo X ini dan jadilah antara pemilik terakhir versi Final Edition

8138

Pada 2015, Mitsubishi telah melancarkan Lancer Evolution X (atau Evo 10) Final Edition sebagai ucapan selamat tinggal kepada legasi panjang Evolution yang akan dihentikan pengeluarannya.

 



Walaupun Subaru masih mengeluarkan Impreza WRX STI mereka, peminat permotoran pasti ternanti-nanti berita dari Mitsubishi dan berharap agar pengeluar itu berubah fikiran dan terus memberi saingan kepada Subaru.

Apa pun, jika anda masih mencari-cari model Evo baharu untuk dibeli, mungkin anda boleh tengok Evo X Final Edition ini.

Ianya unit yang masih belum didaftar (unregistered)! Evo berwarna Rally Red sememangnya masih nampak dalam keadaan sangat-sangat baharu walaupun telah berusia hampir lima tahun.

Hanya dikeluarkan dalam jumlah terhad, jadi kami rasakan model seperti ini pastinya menjadi collector’s item atau barang koleksi di masa depan.

Tetapi kalau kami, walaupun harganya akan meningkat, mungkin akan guna sendiri sahaja dan simpan untuk tatapan anak cucu.

Evo X Final Edition ini dibina berasaskan varian GSR, dengan penambahan luaran dan dalaman yang tidak pernah didapati pada model GSR biasa.

Terdapat lencana Final Edition di belakang, bumbung aluminium dicat hitam, rim aloi Enkei krom gelap, bampar dengan kemasan hitam, plak dengan nombor siri di dalam, dan jahitan merah di beberapa tempat seperti tombol gear dan tempat duduk.

Evo Final Edition ini dipacu oleh enjin 2.0-liter turbo DOHC yang menghasilkan 303hp dan 414Nm tork. Hanya transmisi manual 5-kelajuan sebagai pilihan, dan seperti biasa, kuasa disalurkan ke semua roda melalui sistem Super All-Wheel.

Evo ini juga mendapat brek Brembo ringan di depan, penyerap hentak Bilstein dan spring Eibach.

Berminat? Hubungi sahaja Mutiara Motors di 012-581 8007 untuk perbincangan lanjut. Dan untuk sesiapa yang beli, tolonglah pastikan kereta itu sentiasa berada dalam keadaan stock kerana spesifikasi ini pun sudah cukup mantap.

Sumber gambar: Facebook Mutiara Motors

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here