Lelaki digigit angsa semasa hantar barang

2249

Apabila seseorang individu memesan barangan atau makanan dari perniagaan dalam talian (online), penjual biasanya akan menghantar sendiri barangan atau makanan tersebut dengan bayaran caj yang lebih. 

Namun, ada juga sesetengah pelanggan ada yang akan cuba untuk mendapatkan penghantaran percuma dari peniaga. Tapi hakikatnya menghantar pesanan kepada pelanggan bukanlah sesuatu yang mudah.



Peniaga perlu menghabiskan masa dan tenaga untuk memandu ke lokasi, itu belum dikira dengan cuaca atau keadaan lalu lintas.

diserang angsa

Selain itu, mungkin akan timbul juga masalah-masalah lain yang menyukarkan proses penghantaran barang, seperti yang berlaku di dalam sebuah video yang tular ini.

Seorang lelaki yang dipercayai sedang melakukan Cash on Delivery (COD) dengan pelanggannya diserang dan digigit seekor angsa ketika tiba ke rumah pelanggan.

Berdasarkan video, angsa tersebut menggigit seluar lelaki tersebut dan tidak ingin melepaskannya.

Malah tuan rumah juga cuba untuk menghalang angsa itu dengan penyodok penyapu agar lelaki terbabit dapat melepaskan diri namun angsa itu tetap kembali walaupun telah diheret pergi.

Rakaman dari individu bernama Abdul Syukur Ismail itu membuat netizen terhibur dengan pergelutan lelaki dengan angsa tersebut, dan dalam pada masa yang sama memahami kesukaran yang dilaluinya.

Video tersebut telah mendapat 8.4 ribu retweet dan 5.2 ribu likes ketika artikel ini ditulis.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here