[VIDEO] Tukar minyak Bugatti Veyron bernilai lebih RM86,000

2107

Bugatti Veyron merupakan jentera supercars. Bukan mudah nak menggantikan minyak jentera supercars kerana ia memerlukan alat ganti daripada pengedar yang sah.

Video daripada pemilik Royalty Exotic Cars membantu kita untuk memahami mengapa proses ini memakan kos yang tinggi.

Sebagai permulaan, jentera ini tidak sesuai diangkat dengan cara biasa. Mekanik itu terpaksa menggunakan bicu roda untuk mengangkat kereta berkenaan.



Langkah seterusnya, mereka perlu menanggalkan bampar belakang, panel sisi, liner tayar bahagian dalam dan beberapa lagi aksesori lain. Ini bertujuan memberikan ruang yang cukup bagi melakukan proses menukar minyak.

Penutup tangki minyak dibuka dan kemudian penutup bahagian depan ditanggalkan supaya enjin 8 liter quad-turbocharged W-16 dapat dilihat. Inilah masanya untuk mengeluarkan minyak.

Bugatti Veyron
Bugatti Veyron

Kereta biasanya hanya mempunyai 1 atau 2 palam saliran tapi Bugatti Veyron mempunyai 16 palam saliran.

Mereka memanaskan enjin bagi mempercepatkan proses mengeluarkan minyak itu.

Menukar minyak bukan satu-satunya proses yang bakal menyebabkan pemiliknya mengeluarkan sejumlah wang yang tinggi. Mengekalkan prestasi Veyron itu sendiri menelan belanja yang besar.

Memerlukan anggaran RM120,000 ($30,000) hanya untuk menukar tayar jentera itu. Selepas penukaran kali ketiga, set tayar yang baru memerlukan petalaan yang memakan harga lebih RM496,000 ($120,000).

Inilah harga yang perlu anda keluarkan sekiranya memiliki jentera supercars.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here