Perkhidmatan bas pekerja dan pelancong dibenarkan beroperasi dengan kapasiti penuh

3200

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), perkhidmatan bas pekerja dan pelancong dibenarkan beroperasi dengan kapasiti penuh.

Perkhidmatan bas pekerja dan pelancong

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata biarpun perkhidmatan bas pekerja dan pelancong tidak dinyatakan sebelum ini, pengendalinya boleh menjalankan operasi dengan kapasiti dibenarkan.



“Bas kilang pun sama (boleh beroperasi dengan kapasiti penuh). Sebenarnya lagi mudah dikawal kerana setiap penumpang sudah dikenal pasti berbanding pengguna pengangkutan awam lain.

“Bas membawa pelancong juga sama, boleh beroperasi dengan kapasiti penuh,” katanya.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Bermula semalam, pengangkutan awam termasuk bas awam, feri, kereta api, transit aliran ringan (LRT) dibenarkan beroperasi dengan kapasiti penuh.

Ismail Sabri ketika mengumumkan perkara itu bagaimanapun berkata, bagi pengangkutan awam yang membenarkan penumpang berdiri, mereka perlu patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) khususnya penjarakan sosial.

“Selain itu, penumpang dan pemandu setiap masa mesti pakai pelitup muka dan memuat turun aplikasi MySejahtera selain menggunakan cecair pembasmi kuman sepanjang perjalanan,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here