Vespa GTS 300 HPE Super Tech yang lebih canggih kini di Malaysia, RM33k

2217

Pengedar rasmi Piaggio di Malaysia – Didi Resources Sdn Bhd – hari ini mengumumkan Vespa GTS baharu yang lebih canggih dan dikemaskini.

Dengan nama Vespa GTS 300 HPE Super Tech (panjang juga ya), model ini menampilkan enjin paling berkuasa dan cekap dalam sejarah jenama Itali itu.



Vespa GTS 300 ini dipacu enjin Euro 5 300cc 4-lejang sejukan cecair yang mampu menghasilkan 23.5hp dan 26Nm tork, dan dipadankan dengan transmisi CVT.

Dari segi rekabentuk, Vespa GTS 300 HPE didatangkan dengan rekaaan perisai depan baharu, gril tepi dengan motif sarang lebah, rim hitam berkilat, spring depan dicat kuning, tempat duduk kemasan “high tech”, penutup enjin unik dan pelindung silencer rekaan baharu.

Lampu adalah LED untuk depan dan belakang, bersama DRL LED. Dua warna pilihan boleh didapati iaitu Black Vulcano dan Grey Materia.

Penunggang akan mendapat maklumat tunggangan jelas dengan paparan TFT berwarna bersaiz 4.3-inci. Selain perkara seperti kelajuan, jarak tunggangan, suhu dan paras bahan api, paparan ini mempunyai fungsi sistem keterhubungan Vespa MIA untuk telefon pintar.

Selain navigasi, aplikasi Vespa MIA ini boleh dimuat-turun dari App Store atau Goolge Playstore, dan membolehkan anda membuat/menjawab panggilan, menggunakan arahan suara serta memainkan muzik dengan mudah.

Ciri praktikal pada 300 GTS HPE termasuklah ruang simpanan bawah tempat duduk, serta port USB untuk mengecaj peranti elektronik.

Suspensi depan adalah spring gegelung dengan penyerap hentak tunggal, manakala di belakang menggunakan penyerap hentak hidraulik. Brek pula bersaiz 220mm untuk depan dan belakang, lengkap dengan ABS 2-saluran.

Vespa GTS 300 HPE Super Tech ditawarkan pada harga RM33,300. Anda juga akan mendapat aksesori seperti kotak simpanan barang, rak barang depan dan belakang, serta beberapa aksesori lain pada panel badan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here