Hyundai perkenal platform elektrik E-GMP, mampu tawar jarak pemanduan hingga 500km

1519

Hyundai Motor Group telah melancarkan Electric-Global Modular Platform (E-GMP) baharu mereka, dimana ia akan digunakan pada sebahagian besar kenderaan elektrik Hyundai dan Kia.

platform E-GMP Hyundai

Platform ini difahamkan akan digunakan pada kebanyakan segmen kenderaan, termasuk sedan, SUV dan CUV dan dikatakan telah dihasilkan untuk menawarkan prestasi yang baik ketika di selekoh dan kestabilan pemanduan pada kelajuan tinggi.



Platform E-GMP dilengkapi dengan sistem suspensi belakang multi-link dan gandar pemacu bersepadu pertama di dunia yang menggabungkan bearing roda dengan driveshaft.

Sistem ini akan menghantar kuasa ke roda sambil meningkatkan keselesaan semasa perjalanan dan kestabilan pengendalian.

platform E-GMP Hyundai

Dengan pek bateri yang dipasang diantara gandar hadapan dan gandar belakang, platform ini merupakan unit paling berkuasa yang dihasilkan oleh Hyundai Motor Group.

Apa yang menarik, E-GMP ialah platform pacuan roda belakang (RWD), yang bermaksud kenderaan masa depan yang menggunakannya akan ditawarkan dalam sistem pacuan roda belakang (RWD) dan sistem pacuan semua roda (AWD).

platform E-GMP Hyundai

Secara standard, platform E-GMP menawarkan keupayaan pengecasan 800V dan 400V tanpa memerlukan komponen atau adapter tambahan.

Platform ini juga menyokong kecepatan pengecasan hingga 350 kWh, dan kenderaan elektrik yang menggunakannya akan mempunyai jarak perjalanan hingga 500km. Baterinya mampu diisi sehingga 80 peratus hanya dalam masa 18 minit.

Ini prestasti pengecasan bateri dah macam Porsche Taycan!

platform E-GMP Hyundai

Platform baru Hyundai juga mempunyai fungsi vehicle-to-load, yang bermaksud pek bateri yang disediakan dapat mengecas peralatan elektrik 110V dan 220V yang lain dan bahkan dapat digunakan untuk mengecas kenderaan elektrik yang lain.

Platform E-GMP ini difahamkan akan mula digunakan pada Hyundai Ioniq 5 yang akan diperkenalkan pada tahun hadapan dan kenderaan baharu dari Kia yang juga akan dilancarkan pada 2021.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here