PMCA Rally Shakedown (2021): Persediaan awal sebelum Kejohanan Rali Malaysia tahun depan

1811

Sebelum ini laluan di Gugusan Felda Bukit Goh, Kuantan, Pahang yang sunyi berubah riuh pada hujung minggu lalu berikutan bunyi ekzos kereta rali sempena acara anjuran Pahang Motorsports Club Association (PMCA) Rally Shakedown 2021.

Ini bermakna sukan permotoran tempatan sudah kembali meriah selepas hampir dua tahun berkurung akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).



Acara itu adalah penganjuran buat pertama kali oleh PMCA dengan berkonsepkan latihan untuk menguji tahap keupayaan jentera rali setiap pasukan.

Latihan Tambahan 

Ia juga sebagai latihan tambahan kepada pemandu dan pembantu pemandu sebagai persiapan Kejohanan Rali Malaysia (MRC) yang dijangka berlangsung tahun depan.

Apa yang menarik, Rally Shakedown itu berkonsepkan seperti perlumbaan sebenar yang ada dalam setiap penganjuran MRC sebelum ini. 

Program yang bermula seawal 8 pagi itu dimulakan dengan sesi taklimat daripada penganjur dan disusuli ciri keselamatan yang berlangsung hampir sejam.

Tujuh pasukan membabitkan tujuh jentera pelbagai model mengambil bahagian dalam penganjuran kali ini.

Difahamkan, tujuan program itu diadakan untuk memperkenalkan dan memartabatkan sukan rali di peringkat setempat.

Selain itu, ia mampu untuk menjana ekonomi setempat terutamanya dalam sektor perlancongan dan lain-lain sektor ekonomi.

Semua sedia maklum sukan permotoran seperti rali ini agak sendu. Ia seolah-olah dipinggirkan dari arena permotoran Malaysia kerana difahamkan kurang mendapat sokongan dan bantuan daripada pihak berwajib.

Jika mendapat perhatian dan sokongan daripada pelbagai pihak, ia mungkin mampu mencungkil dan menggilap bakat baru. Ia boleh diketengahkan sebagai pelapis sukan rali di Malaysia seperti Program Klinik Rally yang pernah dianjurkan sebelum ini.

Pelapis Sukan Rali

Tidak mustahil ia mampu untuk melihat sekali lagi kelibat wakil negara di peringkat lebih tinggi seperti Kejohanan Rali Dunia.

Jutaan terima kasih kepada Saudara Abang, beliau adalah berpengalaman dalam penganjuran sukan rally di Malaysia seperti Malaysia Rally Championship (MRC). Beliau ditugaskan memberikan khidmat nasihat, tunjuk ajar dan pemantauan dari awal proses penganjuran sehingga akhir program.

Tidak lupa juga kepada semua peserta dan pasukan yang terbabit serta penaja iaitu Torenzoil, CBS Motorsport, Alynaz dan Keristeah  untuk event PMCA Rally Shakedown 2021 kali ini.

Gambar & Teks : Raziman Sipico

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here