Ramai pemandu Malaysia masih tidak dilindungi insurans bencana alam

1748

Zurich Malaysia mendapati lebih daripada separuh pemandu Malaysia tidak mendapatkan perlindungan insurans bencana alam pada kenderaan mereka. 

Menurut Kaji Selidik Impak Pandemik terhadap Perlindungan yang dikendalikannya di seluruh negara mendapati, 59 peratus pemandu Malaysia masih tidak dilindungi kerosakan akibat banjir.



“Pengguna jalan raya mungkin mengalami kerugian besar jika mereka tidak bersedia dan beranggapan bahawa mereka tidak akan terjejas.

“Ini membimbangkan kerana Malaysia kerap mengalami musim tengkujuh, seperti musim Monsun Timur Laut yang melanda dari November hingga Mac tahun depan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Junior Cho.

Selain banjir, tanah runtuh dan pokok tumbang adalah risiko yang pengguna jalan raya Malaysia tidak bersedia hadapi. Hanya satu bagi setiap tiga pengguna jalan raya (34 peratus) mempunyai perlindungan untuk ribut, termasuk pokok tumbang, dan hanya 29 peratus dilindungi untuk tanah runtuh.

Kaji selidik tersebut melibatkan 1,201 rakyat Malaysia di seluruh negara, yang mana 990 daripadanya adalah pemilik kenderaan. Dari segi pembaharuan insurans dan takaful kenderaan, rakyat Malaysia masih menggunakan ejen untuk berbuat demikian.

Daripada 990 responden yang memiliki kenderaan bermotor, 38 peratus memilih untuk menggunakan ejen walaupun terdapat portal dalam talian. Namun begitu, portal dalam talian adalah kaedah yang paling popular dengan 43 peratus daripada pengguna jalan raya menggunakannya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here