Dua marsyal PD ditahan, polis cari empat lagi

3318

Polis menahan dua lelaki awal pagi tadi yang menjadi marsyal kepada sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi di lampu isyarat Sua Betong, Port Dickson baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Aidi Sham Mohamed berkata, suspek berusia 26 dan 27 tahun itu ditahan antara jam 12.30 tengah malam hingga 2.45 pagi di kawasan Springhill dan Lukut, Negeri Sembilan.



“Kedua-dua suspek masih bujang dan bekerja sebagai pembantu firma guaman dan penyelia kilang.

“Turut dirampas adalah dua buah motosikal jenis Kawasaki GTR 1400  dan Kawasaki Z800, topi keledar, pakaian serta kasut yang digunakan semasa rakaman dibuat,” katanya. 

Di samping itu, pihak polis turut mengesan empat lagi individu yang bertindak sebagai marsyal konvoi tersebut. 

Kesemua suspek ditahan di Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson bagi siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Polis dan Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here