“Jalan rosak naikkan papan tanda namun keadaan masih teruk,” penduduk Sabah

85

Keadaan jalan raya berlubang seperti kolam adalah satu pemandangan biasa dan masalah ini tidak kesudahan waima bertukar kerajaan. 

Baru-baru ini, rakyat Sabah berkongsi keadaan Jalan Sukau-Kinabatangan berlubang teruk.



Menurut pengguna jalan raya, perjalanan dari Kota Kinabalu menuju ke Tawau biasanya mengambil masa antara tujuh hingga ke lapan jam tetapi dengan jalan yang rosak perjalanan boleh mencecah sehingga 10 jam.

Terkini, Facebook Sabah Viral Bah membandingkan kualiti jalan di Semenanjung Malaysia dan negeri di Bawah Bayu berkenaan.

“Di semenanjung jalan sampai lima tingkat, di kampung-kampungpun ada trafik light.

“Memandu berjam-jam tak jumpa jalan berlubang atau bertampal-tampal. Tapi di Sabah lain, kalau jalan runtuh pihak berkuasa pasang sign board hati-hati kawasan tanah runtuh, kalau jalan rosak pihak berkuasa akan pasang singboard hati-hati jalan tidak rata,” tulisnya.

Bahkan, admin Facebook berkenaan turut menyindir pihak berkuasa tempatan yang tidak mengambil tindakan segera membaiki kerosakkan jalan dan berkongsi gambar keadaan jalan yang hanya boleh ditemui di Sabah.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here